fbpx

10 Tanda Untuk Berhenti Merokok Sekarang (Tapi Anda Tak Sedar Lagi)

“Saya teringin nak berhenti tapi apakah tanda untuk berhenti merokok?”

Memang tidak dinafikan, soalan begini sering ditanya oleh mereka yang ingin berhenti rokok. Merokok merupakan salah satu tabiat atau ketagihan yang paling sukar untuk diatasi oleh perokok-perokok di luar sana. 

Bagi mereka yang tidak merokok, mereka tidak faham betapa sukarnya untuk berhenti. Mereka sering memberi nasihat yang biasa kita dengar seperti “bahaya merokok”, “dilarang merokok” dan sebagainya. 

Anda pun tahu ia tidak semudah itu. Jadi, bila waktu yang sesuai untuk berhenti merokok?

Artikel ini akan berkongsikan 10 tanda untuk anda berhenti merokok sekarang. Teruskan membaca!

 

10 Tanda Untuk Berhenti Merokok Sekarang

  1. Anda Kerap Batuk

Orang yang merokok sering mengalami batuk. Sebagai perokok, memang sukar untuk anda mengelakkan masalah ini.

Batuk terjadi disebabkan oleh tubuh anda yang membersihkan bahan kimia yang memasuki saluran udara dan paru-paru melalui penggunaan tembakau.

Sekiranya batuk anda berterusan dan bertahan lebih dari 3 minggu, batuk ini dikenali sebagai batuk perokok.

Walaupun pada awalnya batuk anda boleh bermula sebagai batuk kering, anda tidak perlu risau kerana  lama-kelamaan ia dapat menghasilkan kahak.

Selain batuk, anda juga mungkin mengalami sakit tekak, pedih ulu hati atau gejala lain yang terjadi disebabkan tabiat merokok.

  1. Anda Rasa Duit Anda Dibazirkan

Dengan kata lain, anda berasa bersalah kerana sering membelanjakan duit yang banyak hanya untuk membeli rokok.

Duit yang anda belanjakan untuk rokok itu lebih elok disimpan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Harga rokok pada masa sekarang pun agak mahal dengan anggaran RM17.40 sekotak.

Katakanlah anda merokok 20 kotak rokok sebulan. Jadi, dalam masa sebulan, perbelanjaan anda untuk rokok adalah sebanyak RM350.

Renung-renungkanlah, banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan dengan jumlah wang yang sebegitu.

  1. Anda Sedar Akan Risiko Merokok

Merokok ini sebenarnya ibarat anda mengambil risiko kesihatan yang serius. 

Kesannya mungkin anda tidak dapat rasakan sekarang tetapi anda akan terima akibatnya pada masa akan datang. 

Ada sebabnya kotak rokok dihiasi dengan gambar gigi hitam, paru-paru barah, dan seumpamanya. Tujuannya adalah untuk memberi anda amaran.

Anda mungkin tidak menghidap barah atau penyakit paru-paru sekarang tetapi anda mungkin akan menderita pada masa depan jika anda terus merokok.

  1. Anda Ada Sokongan Keluarga dan Rakan-rakan

Beritahu keluarga dan rakan-rakan anda betapa seriusnya anda mahu berhenti merokok.

Kemungkinan besar mereka juga mahu anda meninggalkan rokok dan mereka sedia melakukan apa sahaja untuk membantu anda.

Mereka dapat mendorong anda untuk kekal berdisiplin dan mencapai matlamat anda untuk berhenti merokok.

 

  1. Anda Mendapati Deria Bau dan Rasa Semakin Teruk

Merokok bukan sahaja menyebabkan kanser dan penyakit kardiovaskular tetapi juga menyebabkan deria bau dan rasa anda semakin teruk.

Anda akan mendapati makanan kegemaran anda berasa kurang sedap. Minyak wangi yang anda suka tidak dapat anda nikmati baunya.

Tahukah anda, perokok enam kali ganda lebih cenderung mempunyai bau mulut yang busuk berbanding  orang yang tidak merokok?

Ia dipengaruhi oleh jumlah rokok yang dihisap.

Contohnya, mereka yang merokok dua kotak sehari akan mengalami kerosakan lebih teruk daripada mereka yang merokok satu kotak.

  1. Anda Cepat Penat

tandan untuk berhenti merokok sebab penat

Merokok mempunyai kesan negatif terhadap tahap tenaga anda dan ini akan mengganggu rutin harian anda.

Salah satu sebab utama anda berasa letih adalah kerana badan anda mungkin tidak mendapat cukup oksigen.

Hal ini terjadi disebabkan kerosakan yang terjadi disebabkan anda merokok.

Anda perlu tahu perokok mempunyai keupayaan paru-paru yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak merokok. 

Kekurangan oksigen di paru-paru bermaksud kurang oksigen sampai ke otak, otot, dan sistem badan yang lain.

Lama kelamaan, ini boleh menyebabkan keletihan dan juga fungsi pernafasan anda berkurang dengan cepat.

  1. Anda Pernah Cuba Untuk Berhenti Merokok

Tidak ramai perokok yang berjaya berhenti merokok pada percubaan pertama mereka. 

Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana kegagalan merupakan salah satu proses pembelajaran untuk diri anda.

Hasrat anda untuk berhenti merokok mesti diteruskan kerana ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Ramai orang di luar sana yang telah berjaya berhenti merokok sepenuhnya walaupun beberapa kali gagal.

Dengan strategi dan pengalaman anda untuk berhenti merokok sebelum ini, anda pasti dapat mengatasi masalah ini. 

Jadikan kegagalan anda sebelum ini sebagai pembakar semangat untuk terus mencuba.

  1. Anda Percaya Berhenti Merokok Merupakan Pilihan Terbaik

Anda tidak akan dapat meninggalkan tabiat merokok ini sehingga anda mengetahui betapa indahnya hidup tanpa rokok. 

Cuba buat senarai kebaikan dan keburukan merokok.

Jika anda mendapati keburukan melebihi kelebihan, anda perlu mula untuk cuba berhenti merokok.

  1. Anda Sedar Tabiat Merokok Merosakkan Hubungan Peribadi Anda

Sebagai seorang perokok, anda mungkin mendapati tabiat anda ini sedikit sebanyak merosakkan hubungan peribadi anda bersama keluarga dan rakan-rakan.

Anda menyedari bahawa semua yang anda pakai berbau rokok. Ini mungkin menyebabkan orang di sekeliling anda berasa kurang senang.

Akibatnya, anda berasa terpinggir setiap kali ada perjumpaan keluarga, dan ini boleh menyebabkan anda berasa murung.

  1. Anda Merasakan Hidup Anda Dikawal Oleh Rokok

tanda untuk berhenti merokok

Semua orang mula merokok dengan alasan mereka sendiri.

Tetapi jika anda mula mendapati rokok mengawal hidup anda, anda sudah bersedia untuk berhenti hari ini.

Kesimpulannya, merokok semamangnya mampu merosakkan hidup bukan sahaja dari segi kesihatan dan malah dari segi sosial juga.

Jika anda mendapati tanda-tanda di atas dalam kehidupan anda, sudah tiba masanya untuk anda berhenti merokok.

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
Berhenti Merokok Pada Tubuh. Berbaloikah Berhenti Merokok? - 91Pron - Lifestyle Blogs & Magazines
1 year ago

[…] boleh membawa kepada kematian. Sayangnya, bagi mereka yang sudah lama merokok, pastinya frasa “berhenti merokok” menjadi igauan yang menakutkan dan dianggap […]