fbpx

13 Makanan Berkhasiat Wajib Dicuba (No. 11 Paling Rare)

makanan berkhasiat

Adakah makanan yang kita makan setiap hari benar-benar makanan berkhasiat?

Kalau anda tidak dapat menjawabnya, ia mungkin kerana kurang kesedaran mengenai apa makanan yang baik untuk tubuh badan atau sebaliknya. 

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa contoh makanan berkhasiat yang anda boleh diamalkan setiap hari.

 

Kepentingan Makanan Berkhasiat

kepentingan makanan berkhasiat

Pemakanan seimbang yang sihat membekalkan zat serta vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Selain itu, pemakanan sihat membantu pertumbuhan sel-sel badan yang sihat serta menjamin kekuatan otot-otot pada setiap anggota badan.

Kita digalakkan mengambil makanan sihat setiap hari dengan pelbagai juadah dan menu makanan yang bersesuaian dengan umur dan pekerjaan kita.

Berikut adalah beberapa contoh makanan berkhasiat yang baik untuk diamalkan.

 

13 Contoh Makanan Berkhasiat Yang Perlu Ada Dalam Setiap Menu Makanan

1. Bawang

bawang putih

Bawang putih dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan kadar lemak dalam darah (trigliserida). 

Institut Kanser Nasional menyatakan bahawa bawang putih juga merupakan antara bahan pencegah kanser utama selain daripada bertindak sebagai antibakteria. 

Jika diamalkan pengambilan 2-3 ulas sehari, kadar risiko untuk mendapat serangan jantung boleh berkurang sehingga 50 peratus.

2. Lobak Merah

Waktu kita kecil dahulu, ibu dan ayah selalu menyuruh kita makan lobak merah untuk mendapatkan mata yang sihat. Namun, bukan itu sahaja khasiat lobak merah ya!

Lobak merah mengandungi banyak nutrien penting seperti serat, vitamin A dan K serta bahan antioksidan seperti beta-karotena.

3. Ubi

ubi pemakanan seimbang

Tidak kira ubi jenis apa, ubi sememangnya makanan berkhasiat kerana ianya mengandungi nutrisi yang tinggi, kaya dengan vitamin seperti vitamin C dan garam mineral seperti potasium dan mangan.

Ubi juga membantu membekalkan sumber makanan kepada bakteria baik dalam usus.

Selain itu, ubi rebus merupakan sumber tenaga yang baik dan menyebabkan anda rasa kenyang dalam tempoh yang lama.

4. Cendawan

Cendawan mampu meningkatkan daya pertahanan tubuh badan dan membantu mengurangkan kesan mendapat kanser, penyakit viral, kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Ia juga mampu merawat kesan toksik yang diperolehi daripada kesan kemoterapi dan radiasi.

Jepun telah membuktikan dengan mengamalkan cendawan shiitake, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 45 peratus dan membantu mengecutkan ketumbuhan.

 

5. Kuning Telur

gambar makanan berkhasiat kuning telur

Ramai yang cuba mengelakkan makan kuning telur kerana khuatir dengan kandungan kolesterol di dalamnya. 

Sebenarnya, kuning telur mempunyai banyak khasiat seperti  vitamin, garam mineral dan kolesterol baik.

Ia juga kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak dan degenerasi makula.

“Dengan mengamalkan cendawan shiitake, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 45 peratus” 

6. Kelapa

Kelapa mengandungi serat dan asid lemak medium chain triglycerides (MCTs) yang dapat diserap secara terus melalui usus kecil dan digunakan oleh badan sebagai sumber tenaga.

Kelapa juga membantu menstabilkan gula dalam darah, sistem penghadaman, sistem imunisasi badan, kesihatan jantung, penyakit otak dan menurunkan berat badan. 

 

7. Kekacang

Kekacang mengandungi lemak baik atau lemak mono tidak tepu, serat dan protein. 

Ia boleh membuatkan kita cepat kenyang dan kurang keinginan nak makan. Sebab itulah kekacang merupakan snek yang sihat.

 

8. Beri biru

Kandungan antioksidan di dalam beri biru iaitu antosianin dapat meningkatkan daya penglihatan dan fungsi otak.

Selain itu, beri biru (blueberry) juga membantu mengurangkan keradangan terutamanya dalam kalangan individu obes, sakit jantung, Alzheimer dan Parkinson.

Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa beri biru boleh menjadi ejen antikanser.

 

9. Epal

Buah epal kaya dengan kandungan serat dan vitamin C serta mempunyai kesan prebiotik yang menyokong pertumbuhan bakteria baik di dalam usus.

Pepatah Inggeris “an apple a day keeps the doctor away” kerpa merujuk kepada kebaikan memakan epal yang dapat membantu menurunkan berat badan serta meningkatkan kesihatan.

 

10. Buah Delima

Buah delima mengandungi tiga kali ganda tahap antioksida berbanding sumber makanan lain seperti teh hijau atau buah anggur.

Buah delima juga membantu mengurangkan masalah plak arteri tersumbat yang menyebabkan penyakit jantung dah strok

 

11. Coklat Gelap (Dark Chocolate)

dark chocolate makanan berkhasiat

Walaupun ramai yang kurang meminati coklat gelap kerana rasanya yang agak pahit dan kurang manis berbanding coklat biasa.

Namun, sebenarnya coklat gelap kaya dengan serat, zat besi, magnesium, mangan dan bahan antioksida yang baik.

Ia juga bagus diamalkan untuk menaikkan mood dan libido.

12. Teh hijau

Teh hijau membantu percepatkan proses pembakaran lemak dan menghalang penyerapan lemak. 

Terdapat kajian yang menyarankan untuk meminum teh hijau sebanyak 3-5 cawan sehari dan seeloknya diminum ketika perut kosong.

 

13. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mengandungi asid lemak mono tepu dan bahan polyphenolic yang membantu mengurangkan keradangan dan risiko penyakit berbahaya.

Selain itu, kandungan antioksida seperti vitamin E dan K di dalam minyak zaitun boleh menghalang radikal bebas yang boleh membahayakan sistem tubuh badan kita.

 

Kesimpulan

makanan sihat

Memang tidak dapat dinafikan, pemakanan sihat dan seimbang amat penting untuk diamalkan oleh setiap orang.

Ianya semakin mudah disediakan dan mudah didapati secara online.

P.S Sekiranya anda ingin mengetahui kaedah terkini untuk berhenti merokok, anda boleh mengetahuinya melalui pautan di bawah.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments