fbpx

18 Gambar Yang Menunjukkan Betapa Jijiknya Kesan Asap Rokok

 Anda mesti sudah mendengar lebih sejuta sebab tentang bahayanya merokok, tetapi pernah tak anda terfikir apakah kesan asap rokok kepada kepada persekitaran anda?

 

Sekiranya anda merokok, bukan anda seorang sahaja yang berisiko mengalami masalah kesihatan, orang di sekeliling yang terdedah dengan asap rokok juga terkesan.

 

Tabiat ini sememangnya ada jauh lebih banyak keburukan berbanding kebaikan dan anda perlu mula berhenti secepat mungkin.

 

Di dalam artikel ini, kami akan berkongsikan 18 gambar yang menunujukkan betapa jijiknya kesan asap rokok.

18 Gambar Yang Menunjukkan Betapa Jijiknya Kesan Asap Rokok

 

Merokok adalah tabiat yang sukar untuk dihentikan kerana ia mengandungi bahan kimia seperti nikotin yang menyebabkan ketagihan. 

 

Seperti heroin atau jenis dadah yang lain, tubuh dan minda cepat terbiasa dengan nikotin dalam rokok. 

 

Tidak lama kemudian, anda anda merasakan anda wajib menghisap rokok hanya untuk berasa normal.

 

Setiap orang mula merokok dengan alasan yang berbeza. Ada yang menganggapnya cool. Ada juga yang memulakan tabiat ini kerana ahli keluarga atau rakan mereka merokok.

 

Tahukah anda, hampir semua perokok dewasa bermula sebelum mereka berumur 18 tahun?

 

Kebanyakan mereka tidak pernah jangka mereka akan menjadi ketagih dengan rokok. 

 

Antara kesan-kesan buruk merokok:

  • Menyebabkan kanser, penyakit paru-paru, dan penyakit jantung

  • Boleh memendekkan jangka hidup anda hingga 10 tahun atau lebih

  • Boleh menelan perbelanjaan untuk kotak rokok sehingga beribu-ribu ringgit setahun.

 

Tahukah anda, kesan asap rokok juga berbahaya?

 

Berikut adalah 18 gambar yang menunjukkan betapa jijiknya kesan asap rokok:

 

  1. Lantai bilik seorang perokok

 


Seperti yang anda dapat perhatikan daripada gambar di atas, hampir seluruh lantai bilik ini kotor kecuali tempat letak katil.

 

  1. Siling kawasan merokok di lapangan terbang

Jika anda pernah ke lapangan terbang, anda pasti tahu tentang kewujudan bilik merokok atau dikenali sebagai smoking room.

 

Anda juga mungkin pernah merokok di dalam bilik ini. 

 

Cuba anda perhatikan gambar di atas, anda rasa mana satu siling bilik perokok?

 

Ya, yang berwarna kekuning-kuningan itu. Lihat betapa jijiknya kesan asap rokok.

 

  1. Langsir seorang perokok

Ini merupakan gambar yang diambil oleh seorang penyewa rumah.

 

Penyewa rumah ini telah menyewa kepada seorang perokok selama 10 tahun.

 

Tengok betapa kotornya langsir, sungguh memalukan.

 

  1. Merokok di dalam rumah

Ini yang akan berlaku selepas anda merokok di dalam rumah selama 20 tahun. 

 

  1. Sebelum dan selepas

Gambar ini menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas mencuci.

 

Perhatikan perbezaan yang sangat ketara. Anda juga perlu bersedia untuk mencuci dinding anda tidak lama lagi.

 

  1. Komputer seorang perokok

Sekiranya anda selalu merokok berdekatan dengan komputer anda, anggaplah ini keadaan komputer anda sekarang.

 

Ia berisiko tinggi mengalami kerosakan, anda mungkin perlu berbelanja untuk membeli komputer yang baru.

  1. Jangan merokok di dalam rumah

Anda nampak ini? Inilah yang akan berlaku pada dinding rumah anda jika anda terus merokok di dalam rumah.

 

  1. Selepas merokok 30 tahun di dalam rumah

 

Jika anda tengah mencari sebuah rumah untuk dibeli, adakah anda akan membeli rumah yang sebegini?

 

Inilah kesan merokok kepada rumah. 

 

Bukan setakat dinding sahaja yang kotor, bau rumah ini juga berbau busuk.

 

  1.  Lantai luar bilik seorang perokok

Salah satu cara untuk tahu jika seseorang itu merokok adalah dengan hanya memerhatikan lantai biliknya.

 

Jika anda juga sering merokok di dalam bilik anda, cuba perhatikan lantai luar dan juga dalam bilik anda.

 

Anda boleh mula membersihkannya jika anda dapat warna kekuning-kuningan itu.

 

  1. Cuba Anda Teka Di Mana Posisi Asal Gambar Ini

Gambar ini diambil oleh seorang pengguna reddit dengan kapsyen:

 

“Atuk saya merokok di sini selama lebih daripada 50 tahun dan lukisan ini tergantung di situ sekurang-kurangnya 40 daripadanya”

 

  1. Mengerikan

Pernah tengok cerita seram seperti The Conjuring, The Nun dan sebagainya?

 

Anda mesti pernah nampak dinding kelihatan seperti ini dalam filem-filem tersebut.

 

Sebenarnya, ini merupakan dinding yang terkesan dari asap rokok. Nampak sangat mengerikan.

 

  1. Tengok gambar sahaja, dah boleh bau 

Percubaan untuk membersihkan langsir seorang perokok. 

 

Cuba anda perhatikan airnya yang sangat kotor itu. Bayangkan betapa sukarnya untuk membersihkan langsir ini.

 

  1. Anda tahu di mana sofa dan lukisan pernah diletakkan di mana?

Seperti gambar-gambar sebelum ini, pada asalnya, ini merupakan dinding berwarna putih dan bersih.

 

Selepas 25 tahun merokok di dalam rumah, anda boleh nampak di mana sofa dan lukisan pernah diletakkan.

 

  1. Nampak seperti seni tetapi bukan

Gambar di atas menunjukkan kesan merokok pada dinding selepas setahun sahaja. Bayangkan kesannya kepada jantung anda!

 

  1. Warna dinding baru rumah anda

Jika anda terus merokok di dalam rumah, anda mungkin tidak perlu lagi mengecat rumah selama bertahun-tahun.

 

Asap rokok anda akan memberikan warna yang baru untuk rumah anda dalam tempoh yang singkat sahaja.

 

  1. Nampak macam seni moden tetapi sebenarnya tar dari rokok

Kesan asap rokok kepada dinding dan siling rumah selepas 20 tahun.

 

  1. Anda boleh membersihkan dinding tetapi anda tidak boleh membersihkan jantung anda

Seperti gambar-gambar dinding dan siling di atas, pembersihan boleh dilakukan.

 

Ia akan mengambil masa dan tenaga yang banyak hanya untuk memulihkan  kondisi dinding dan siling.

 

Walaubagaimanapun, anda tidak boleh berbuat demikian untuk jantung anda.

 

  1. Perhatikan perbezaan

Dan lihatlah dinding-dinding ini yang baru dicat berbanding dengan dinding yang terkesan dengan asap rokok.

 

Kesimpulannya, kesan asap rokok sangat berbahaya bukan sahaja kepada orang sekeliling anda, persekitaran rumah anda juga akan terkesan.

 

Rumah anda juga mungkin akan menghadapi masalah yang sama sekiranya anda terus mengamalkan tabiat ini.

Perbelanjaan untuk membeli rokok sudah mahal, anda mahu mengeluarkan lebih banyak duit untuk membeli langsir baru, cat dan bahan pembersihan?

 

Anda perlu ingat jantung anda tidak dapat dibersihkan seperti dinding dan langsir. Berhenti merokok hari ini.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments