fbpx

6 Cara Memulakan Perniagaan Dengan Berkesan!

cara memulakan perniagaan

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai orang yang ingin tahu cara memulakan perniagaan bagi mendapatkan pendapatan sampingan.

Namun, memulakan perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukannya mustahil. 

Terdapat pelbagai perkara yang perlu difikirkan tetapi jika anda merancang dengan baik, tentunya anda boleh melancarkan perniagaan anda. 

Oleh itu, artikel kali ini akan berkongsi tentang cara memulakan perniagaan anda dengan berkesan. 

 

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Perniagaan 

cara memulakan perniagaan

Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu pastikan bahawa anda sudah melakukan 5 perkara ini.

 

  • Bisnes Model

Bisnes model merupakan satu kanvas yang menguji kekukuhan idea bisnes yang bakal anda jalankan.

Bisnes model yang biasanya digunakan ialah Business Model Canvas (BMC) yang mengandungi maklumat asas yang wajib anda tahu mengenai bisnes. 

Terdapat 9 bahagian dalam BMC tetapi yang paling penting adalah nilai yang ditawarkan oleh bisnes anda, target pelanggan, saluran jualan dan hubungan dengan pelanggan. 

 

  • Namakan Bisnes 

Walaupun tampak mudah tetapi memberi nama kepada bisnes amatlah penting. 

Anda perlu pastikan bisnes anda mempunyai nama yang komersil dan mudah diingati serta menggambarkan jenis bisnes yang anda ingin lakukan. 

Gunakan akronim KISS (keep it short and simple) untuk anda mencari idea bagi nama bisnes anda. 

 

  • Rancangan Kewangan Bisnes   

Selain daripada mencari modal bagi bisnes anda, anda juga sudah boleh mula fikirkan tentang kos bagi bisnes. 

Bagi modal bisnes, anda boleh dapatkan pinjaman bank atau menggunakan duit sendiri. 

Kedua-dua ini mempunyai kebaikan dan kesusahannya tersendiri. Jadi, buatlah pertimbangan seeloknya dan pilih yang terbaik untuk bisnes anda. 

 

  • Fahami Bisnes 

Apabila anda sudah tetap dengan idea bisnes, pastikan anda kaji beberapa perkara seperti sama ada ianya original atau nilai tambah (bonus point) yang lain daripada yang lain.

Selain itu, pastikan anda ketahui pasaran bisnes dan kenali persaingan bisnes. 

Anda juga perlu mempunyai ciri-ciri orang berniaga, ketahui peluang perniagaan dan fahami kesan berniaga. 

 

  • Lokasi Strategik 

Yang terakhir, anda kena mula mencari lokasi yang strategik, sama ada perlu menyewa atau kerja dari rumah. 

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah jenis perniagaan, pelanggan, persaingan dan tempat letak kereta.

 

6 Cara Memulakan Perniagaan Di Malaysia

cara memulakan perniagaan di malaysia

Apabila anda sudah pasti dengan idea bisnes anda, anda sudah boleh memulakan bisnes dengan 6 cara ini.

 

  • Daftar Bisnes 

Setiap bisnes perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Sebelum mendaftar, pastikan anda tahu jenis permit dan lesen yang sesuai serta peraturan yang perlu dipatuhi untuk menjalankan bisnes. 

Setelah mendapatkan lesen dan permit, barulah perniagaan anda sah disisi undang-undang. 

Untuk memudahkan urusan anda, sediakan senarai lesen, syarat perlesenan, badan berkuasa, anggaran jangka masa dan kos untuk dapatkan lesen tersebut.

 

  • Dapatkan Servis Profesional

Walaupun ianya tidak mustahil untuk menyelesaikan semuanya tanpa bantuan profesional, tetapi ada beberapa perkara yang anda perlu berhati-hati. 

Antaranya adalah mendapatkan premis perniagaan, lesen papan tanda, audit kewangan, ejen hak intelek dan ejen hartanah. 

Dengan khidmat profesional mereka, mereka bukan sahaja akan membantu anda tetapi juga boleh mencadangkan servis-servis yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan.

 

  • Buka Akaun Bank

Pembukaan akaun bank individu atau syarikat merupakan salah satu perkara utama yang perlu dilakukan untuk melaksanakan pembayaran, deposit, yuran dan sebagainya. 

Dapatkan khidmat nasihat daripada pihak bank untuk mengetahui perkara yang diperlukan. 

Pastikan anda mempunyai kesemua dokumen yang diperlukan untuk memudahkan urusan anda dengan pihak bank. 

premis

 

  • Premis Perniagaan

Setiap bisnes perlukan premis perniagaan yang berdaftar secara sah. 

Jika anda bekerja dari rumah, anda tetap perlu mempunyai alamat surat-menyurat untuk hal-hal permohonan akaun bank, lesen, permit kerja dan sebagainya. 

Anda juga boleh dapatkan pejabat maya atau menyewa ruang kerja bersama untuk dapatkan alamat perniagaan sementara jika anda masih belum bercadang untuk dapatkan premis perniagaan.

 

  • Pengambilan Pekerja 

Carilah pekerja yang sesuai dengan bisnes supaya mereka boleh membantu anda mengembangkan bisnes. 

Sebagai majikan, anda juga perlu memahami kewajipan anda kepada pekerja terutamanya hal-hal berkaitan potongan berkanun, caruman pekerja dan sebagainya. 

Langkah yang bijak adalah dengan mengadakan bahagian sumber manusia yang boleh membantu anda tentang hal-hal berkaitan pekerja. 

 

  • Pencukaian

Cukai amatlah penting dan perlu difikirkan pada peringkat awal lagi. 

Antaranya adalah kadar cukai pendapatan, cukai pegangan, cuka keuntungan hartanah, duti setem, cukai barang dan perkhidmatan. 

Anda juga perlu ambil tahu perbezaan cukai yang dikenakan berdasarkan jenis syarikat anda.

 

Memulakan bisnes sememangnya memerlukan perancangan yang baik lagi telus.

Oleh itu, diharapkan artikel ini dapat membantu memberi gambaran tentang apa yang diperlukan untuk membuka perniagaan anda sendiri. 

Semoga anda berjaya memulakan bisnes anda dan selamat maju jaya!

P/S: Sekiranya anda ingin mengetahui kaedah terkini untuk berhenti merokok, anda boleh download e-book yang kami keluarkan dengan click gambar dibawah.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments