fbpx

9 Jenis-Jenis Rokok Malaysia Yang Popular

Di Malaysia, terdapat banyak jenis rokok yang perokok boleh beli di mana-mana premis makanan atau kedai runcit.

Setiap rokok mempunyai kelainan tersendiri yang menepati citarasa perokok-perokok di luar sana.

Sekiranya anda merupakan seorang perokok, anda pasti sudah biasa dengar jenama-jenama rokok seperti Marlboro, Dunhill dan sebagainya.

Di dalam artikel ini, kami akan berkongsikan 9 jenis-jenis rokok di Malaysia yang popular dan juga sedikit sebanyak mengenai fakta-fakta yang anda mungkin belum pernah dengar sebelum ini.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

9 Jenis-Jenis Rokok Malaysia Yang Popular

  1. Rokok Dunhill

Pertama dalam senarai ini ialah jenama rokok dunhill. 

Tanya sahajalah perokok-perokok di luar sana apakah rokok pilihan mereka. Pastinya jenama Dunhill ini merupakan pilihan utama kebanyakan mereka.

Jika anda meminati bola sepak tempatan sekitar tahun 90-an, anda pasti tahu jenama ini merupakan sponsor utama di jersi setiap pasukan dalam Liga Malaysia.

Dunhill ditubuhkan di London pada 10 Mac 1907 oleh ahli perniagaan dari London iaitu Alfred Dunhill.

  1. Rokok Winston

Jenama Winston ini juga cukup sinonim dengan perokok-perokok kerana banyak variasi rokok yang jenama ini sediakan.

Winston diperkenalkan pada tahun 1954 oleh R.J. Reynolds Tobacco Company dan dengan serta-merta menjadi salah satu jenama rokok terlaris pada ketika itu.

Rokok berasal dari Amerika ini pernah menjadi rokok nombor satu di dunia dari tahun 1966 sehingga 1972.

Sehingga hari ini, jenama rokok ini masih lagi popular dan menjadi rokok kegemaran ramai perokok di luar sana.

  1. Rokok Perillys

Jenama ini pernah terkenal di kalangan perokok Malaysia kerana harganya yang rendah.

Selain Malaysia, rokok ini juga popular negara Jepun dan Afrika Selatan.

Suatu ketika dahulu, jenama Perillys ini pernah menaja acara sepak takraw di Malaysia dan juga menaja Piala Dunia 2002 bersama Dunhill.

  1. Rokok Benson & Hedges

Lebih dikenali dengan singkatan B&H, Benson & Hedges ditubuhkan di London pada tahun 1873 oleh Richard Benson dan pak ciknya, William Hedges.

Rancangan TV ‘Benson and Hedges’ Golden Dream’ yang pernah popular di Malaysia dahulu membuatkan ramai perokok di Malaysia ingin mencuba jenama rokok ini.

Jenama rokok ini pernah terlibat menaja pasukan dalam  beberapa jenis sukan seperti Formula 1, Kriket, Ice Skating dan banyak lagi.

ebook berhenti merokok

  1. Rokok Marlboro

Sebut sahaja rokok, secara automatik jenama Marlboro ini terlintas dalam fikiran ramai orang.

Jika anda pernah menonton Formula 1 sekitar tahun 90-an sehingga awal tahun 2000, anda pasti tahu jenama ini cukup ikonik dengan Ferrari kereta milik Michael Schumacher.

Sebelum dikenali sebagai Marlboro, jenama rokok ini dikenali sebagai “America’s luxury cigarette” dan hanya dijual secara eksklusif di hotel dan resort.

“Marlboro” didaftarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1908 walaupun tidak ada rokok yang dipasarkan dengan nama ini hingga tahun 1923. Pada tahun 1924, jenama ini dilancarkan.

  1. Rokok Gudang Garam

Seterusya, dalam senarai, rokok Gudang Garam dan kebiasaanya kita dapati orang-orang yang lebih berumur gemar menghisap rokok ini.

Terkenal dengan produk kretek (rokok cengkih), perusahaan rokok Gudang Garam adalah salah satu syarikat terkemuka dalam industri rokok di Indonesia. 

Ia ditubuhkan pada tahun 1958 di kota Kediri, Jawa Timur. 

Hingga kini, Gudang Garam telah terkenal di dalam dan luar negara termasuk Malaysia sebagai pengeluar rokok cengkih kretek berkualiti tinggi.

  1. Rokok Sampoerna

Satu lagi rokok keluaran Indonesia dalam senarai ini ialah rokok Sampoerna.

Pengasas Sampoerna, Liem Seeng Tee, memulakan perniagaannya pada tahun 1913 dengan menghasilkan dan menjual kretek gulung tangan di rumahnya di Surabaya.

Kini, Sampoerna adalah syarikat tembakau terbesar di Indonesia, di hadapan Gudang Garam dan beberapa jenama rokok lain di Indonesia.

Sama seperti rokok Gudang Garam, ia juga menghasilkan rokok cengkih jenis kretek.

  1. Rokok Lucky Strike

Rokok berasal dari Amerika ini merupakan salah satu jenama rokok yang popular di Malaysia.

Pada asalnya jenama Lucky Strike ini mengeluarkan tembakau kunyah (chewing tobacco) pada tahun 1871.

Kemudian, sekitar tahu awal 1900-an, ia menjual rokok sehingga hari ini.

Lucky Strike ini juga pernah terlibat menjadi sponsor sukan permotoran seperti MotoGP dan Formula 1 dari tahun 1970-an sehingga awal tahun 2000.

  1. Rokok Pall Mall

Terakhir dalam senarai artikel ini juga merupakan jenama rokok yang anda pernah dengar atau hisap sebelum ini iaitu rokok Palm Mall.

Jenama Pall Mall diperkenalkan pada tahun 1899 oleh Black Butler Company (UK) dalam usaha memenuhi kehendak kelas atas dengan menyediakan rokok “premium” pertama. 

Ia dinamakan Pall Mall bersempena jalan yang terkenal di London.

Berhenti Merokok Sebelum Terlambat

Tidak kiralah jenama rokok apa pun, kesannya terhadap kesihatan anda sememangnya buruk.

Oleh itu, berhentilah sebelum terlambat. Rokok membunuh.

Jika tadi kami telah menyenaraikan 9 jenis-rokok, kini kami akan berikan 9 sebab anda perlu berhenti merokok sebelum terlambat:

  1. Risiko kesihatan

Anda mungkin tahu mengenai risiko kesihatan jangka panjang tabiat merokok. 

Selain itu, tahukah anda, merokok juga membuat anda lebih mudah untuk mengalami demam dan selesema?

Ramai yang tidak menyedari berapa kerap perokok mendapat jangkitan virus, bakteria dan lain-lain.

Di dalam saluran pernafasan kita terdapat rambut-rambut kecil yang dikenali sebagai cilia yang melapisi saluran pernafasan, saluran trakea dan bronkus.

Fungsi utama cilia adalah untuk melindungi kita dari jangkitan.

Salah satu kesan toksik dari asap rokok adalah bahawa ia melumpuhkan cilia, sehingga memusnahkan mekanisme pelindung teras ini. 

Ini yang akan menyebabkan perokok berisko tinggi menghidapi lagi  lebih banyak jangkitan berbanding mereka yang tidak merokok. 

Cilia anda akan tumbuh semula selepas anda berhenti merokok selama sebulan.

  1. Anda membahayakan orang lain

Bukan anda kesihatan anda seorang sahaja yang terjejas jika anda merokok, kesihatan orang di sekeliling anda juga berada dalam bahaya.

Setiap tahun, secondhand smoke menyebabkan 50,000 kematian setiap tahun. Bahan-bahan kimia di dalam rokok merupakan penyebab utama.

Bahan-bahan dalam asap menyebabkan platelet, bahan dalam darah kita yang membantunya, menjadi melekit. Ini akan meningkatkan risiko serangan jantung.

Oleh itu, anda tidak sepatutnya merokok apabila ibu, ayah, isteri atau anak-anak anda berada berdekatan dengan anda.

Lebih baik anda tinggalkan terus tabiat merokok ini untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan orang-orang yang anda sayangi.

  1. Kos yang tinggi

Sebagai perokok, anda pasti tahu harga rokok sememangnya mahal. 

Perbelanjaan untuk membeli kotak-kotak rokok dalam masa sebulan boleh mencecah beratus-ratus ringgit.

Bayangkan dalam masa setahun, anda mungkin akan berbelanja sehingga RM2000-RM3000 untuk memenuhi keinginan anda untuk merokok sahaja.

Jadi, tabiat ini bukan sahaja membahayakan kesihatan anda, ia juga merompak sebegitu banyak wang daripada akaun bank anda.

  1. Deria bau dan rasa terkesan 

Kebanyakan perokok juga akan mengalami masalah pengurangan deria bau dan rasa. Adakah anda juga mengalami masalah yang sama?

Hal ini kerana, perokok tidak dapat menghargai atau menikmati rasa makanan seperti dulu sebelum mereka mula merokok.

Anda juga mungkin mula menyedari makanan kegemaran anda tidak terasa seperti sedap seperti dulu.

Walaubagaimanapun, masalah ini akan dapat diatasi apabila anda mula berhenti merokok.

Deria rasa dan bau anda akan dapat dikembalikan dengan cepat dengan cara ini.

  1. Kesan terhadap aktiviti fizikal

Merokok menyebabkan paru-paru dan jantung bekerja lebih keras untuk melakukan aktiviti fizikal.

Ramai perokok mendapati kini mereka lebih sukar untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian seperti naik tangga atau berjalan.

Hal ini kerana, penurunan oksigen ini akan mengurangkan daya tahan fizikal anda, menjadikan anda lebih sukar untuk melakukan sukan dengan baik.

Perokok akan menghadapi masalah seperti:

  • Kurang daya tahan
  • Prestasi fizikal yang lebih buruk
  • Peningkatan kadar kecederaan dan komplikasi

  1. Mati pucuk

Merokok akan menyebabkan peluang mati pucuk bagi lelaki meningkat.

Saluran darah anda berkemungkinan besar akan terkesan dan ini akan mengakibatkan masalah seperti ereksi terjadi.

Antara mesej peringatan yang didapati berkesan kepada perokok adalah merokok boleh menyebabkan mati pucuk atau memberi kesan kepada ereksi mereka.

Anda juga boleh mengelakkan masalah ini jika anda berhenti merokok sekarang.

  1. Boleh merosakkan hubungan dengan pasangan

Malangnya, merokok juga boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan dengan pelbagai cara.

Pertama, pasangan anda mungkin tidak mahu berada dekat dengan anda kerana bau rokok yang tidak menyenangkan.

Selain itu, seperti yang telah kami nyatakan di atas, merokok juga akan membahayakan kesihatan pasangan anda.

Oleh itu, anda perlu berhenti merokok jika anda mahu menyelamatkan hubungan anda dengan pasangan anda.

  1. Bau seperti rokok sepanjang masa

Perokok biasanya sedar akan bau rokok pada pakaian dan rambut mereka. Anda juga mungkin mengalami masalah yang sama.

Ini akan menyebabkan orang di sekeiling akan berasa kurang senang dengan kehadiran anda disebabkan bau badan anda.

Bukan badan anda sahaja yang berbau begitu, malah bau nafas anda juga akan berbau rokok. 

  1. Penuaan pramatang

Kajian terbitan American Academy of Dermatology mendapati merokok membawa kepada perubahan biokimia dalam badan yang mempercepat proses penuaan. 

Contohnya, merokok menghilangkan oksigen pada tisu kulit yang hidup dengan menyebabkan penyempitan saluran darah.

Akibatnya, darah tidak akan sampai ke organ anda dengan mudah dan termasuk kulit.

Kesimpulan

Memang banyak pilihan rokok yang kita boleh dapatkan di Malaysia seperti yang telah kami kongsikan dalam artikel ini.

Namun, anda perlu sedar kesan merokok ini sangat berbahaya bukan sahaja kepada anda, orang di sekeliling anda juga akan terkesan.

Disebabkan itu, kami sarankan anda berhenti merokok secepat mungkin dan mencari alternatif lain.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments