fbpx

9 Sebab Kenapa Merokok Adalah Tabiat Buruk

Kita semua tahu risiko merokok kepada kesihatan kita. Walaupun begitu, masih ramai lagi yang terus merokok sehingga berkotak-kotak dalam masa seminggu.

Tidak kira berapa banyak label amaran atau peringatan di luar sana, perokok seperti anda mungkin mengalami kesukaran untuk mengatasi keinginan merokok.

Anda perlu tahu rokok ini sebenarnya memang dibuat untuk menyebabkan ketagihan.

Sama ada anda seorang perokok full-time atau perokok sosial, anda perlu mula berusaha untuk berhenti merokok. 

Merokok merosakkan hampir setiap organ dalam badan. Oleh itu, di dalam artikel ini, kami akan berkongsikan 9 sebab kenapa merokok adalah tabiat buruk. 

9 Sebab Kenapa Merokok Adalah Tabiat Buruk

kesan merokok

  1. Risiko kesihatan

Anda mungkin tahu mengenai risiko kesihatan jangka panjang tabiat merokok. 

Selain itu, tahukah anda, ia juga membuat anda lebih mudah untuk mengalami demam dan selesema?

Ramai yang tidak menyedari berapa kerap perokok mendapat jangkitan virus, bakteria dan lain-lain. 

Di dalam saluran pernafasan kita terdapat rambut-rambut kecil yang dikenali sebagai cilia yang melapisi saluran pernafasan, saluran trakea dan bronkus.

Fungsi utama cilia adalah untuk melindungi kita dari jangkitan.

Salah satu kesan toksik dari asap rokok adalah bahawa ia melumpuhkan cilia sehingga memusnahkan mekanisme pelindung teras ini. 

Ini yang akan menyebabkan perokok berisiko tinggi menghidap lagi lebih banyak jangkitan berbanding mereka yang tidak merokok. 

Cilia anda akan tumbuh semula selepas anda berhenti merokok selama sebulan.

  1. Membahayakan orang lain

merokok

Bukan sahaja kesihatan anda seorang sahaja yang terjejas malah kesihatan orang di sekeliling juga berada dalam bahaya.

Setiap tahun, secondhand smoke menyebabkan 50,000 kematian setiap tahun. Bahan-bahan kimia di dalam rokok merupakan penyebab utama.

Bahan-bahan dalam asap menyebabkan platelet, bahan dalam darah kita yang membantunya menjadi melekit. Ini akan meningkatkan risiko serangan jantung.

Oleh itu, anda tidak sepatutnya menghisap rokok apabila ibu, ayah, isteri atau anak-anak anda berada berdekatan dengan anda.

Lebih baik anda tinggalkan terus tabiat merokok ini untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan orang-orang yang anda sayangi.

  1. Belanja yang tinggi

Sebagai perokok, anda pasti tahu harga rokok sememangnya mahal. 

Perbelanjaan untuk membeli kotak-kotak rokok dalam masa sebulan boleh mencecah beratus-ratus ringgit.

Bayangkan dalam masa setahun, perokok berbelanja sehingga RM2000-RM3000 untuk memenuhi keinginan nikotin ini.

Jadi, tabiat ini bukan sahaja membahayakan kesihatan anda, malah menghabiskan wang.

  1. Deria bau dan rasa terkesan 

Kebanyakan perokok juga akan mengalami masalah pengurangan deria bau dan rasa. Adakah anda juga mengalami masalah yang sama?

Hal ini kerana, perokok tidak dapat menghargai atau menikmati rasa makanan seperti dulu sebelum mereka mula merokok.

Anda juga mungkin mula menyedari makanan kegemaran anda tidak terasa seperti sedap seperti dulu.

Walaubagaimanapun, masalah ini akan dapat diatasi apabila anda mula berhenti merokok.

Deria rasa dan bau anda akan dapat dikembalikan dengan cepat dengan cara ini.

  1. Kesan terhadap aktiviti fizikal

Merokok menyebabkan paru-paru dan jantung bekerja lebih keras untuk melakukan aktiviti fizikal.

Ramai perokok mendapati kini mereka lebih sukar untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian seperti naik tangga atau berjalan.

Hal ini kerana, penurunan oksigen ini akan mengurangkan daya tahan fizikal anda, menjadikan anda lebih sukar untuk melakukan sukan dengan baik.

Perokok akan menghadapi masalah seperti:

  • Kurang daya tahan
  • Prestasi fizikal yang lebih buruk
  • Peningkatan kadar kecederaan dan komplikasi

  1. Mati pucuk

kesan buruk merokok

Ini salah satu sebab yang paling ditakuti oleh lelaki kerana ianya memberikan kesan kepada sistem peranakan lelaki.

Saluran darah anda berkemungkinan besar akan terkesan dan ini akan mengakibatkan masalah seperti ereksi terjadi.

Antara mesej peringatan yang didapati berkesan kepada perokok adalah merokok boleh menyebabkan mati pucuk atau memberi kesan kepada ereksi mereka.

Anda juga boleh mengelakkan masalah ini jika anda berhenti merokok sekarang.

  1. Boleh merosakkan hubungan dengan pasangan

Malangnya, merokok juga boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan dengan pelbagai cara.

Pertama, pasangan anda mungkin tidak mahu berada dekat dengan anda kerana bau rokok yang tidak menyenangkan.

Selain itu, seperti yang telah kami nyatakan di atas, merokok juga akan membahayakan kesihatan pasangan anda.

Oleh itu, anda perlu berhenti merokok jika anda mahu menyelamatkan hubungan anda dengan pasangan anda.

  1. Bau seperti rokok sepanjang masa

Perokok biasanya sedar akan bau rokok pada pakaian dan rambut mereka. Anda juga mungkin mengalami masalah yang sama.

Ini akan menyebabkan orang di sekeliling akan merasa kurang senang dengan kehadiran anda disebabkan bau badan anda.

Bukan badan anda sahaja yang berbau begitu, malah bau nafas anda juga akan berbau rokok. 

  1. Penuaan pramatang

Kajian terbitan American Academy of Dermatology mendapati tabiat merokok membawa kepada perubahan biokimia dalam badan yang mempercepat proses penuaan. 

Ini kerana ia mengurangkan paras oksigen pada tisu kulit yang hidup dengan menyebabkan penyempitan saluran darah.

Akibatnya, darah tidak akan sampai ke organ anda dengan mudah, dan termasuk kulit.

Kesimpulannya, tidak ragu-ragu lagi, merokok merupakan satu tabiat yang buruk dan 9 sebab yang telah kami kongsikan adalah bukti yang kukuh.

Sekiranya, anda berazam untuk berhenti rokok, kami sarankan anda untuk berbuat demikian dengan secepat mungkin.

Dapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar-pakar kesihatan, bekas perokok dan sebagainya. Ingatlah, tidak terlambat untuk anda berhenti merokok. 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments