fbpx

MENGENAI ENDNOW

ENDNOW adalah sebuah portal digital media yang memaparkan kandungan-kandungan terkini dan informatif untuk membantu orang ramai berhenti merokok.Setiap orang mempunyai pelbagai sebab tersendiri untuk berhenti merokok. Selain itu, setiap orang yang ingin berhenti juga memerlukan bantuan dan sokongan yang tertentu untuk membimbing mereka. Disebabkan itu, ENDNOW dibangunkan untuk memberikan panduan dan sumber terkini untuk membantu anda berhenti merokok – dalam bentuk kandungan ilmiah, ebook, video, group Telegram dan sebagainya.

Anda boleh melayari kandungan seperi kuiz, survey, ‘tracker’ dan program di portal ENDNOW ini untuk membantu anda berhenti merokok secara selamat dan berkekalan. Selain itu, ENDNOW juga mendepani isu-isu kemasyarakatan seperti kempen ‘Not4Kids’ yang melarang penjualan rokok elektronik kepada kanak-kanak bawah 18 tahun.

Visi Kami

  • Untuk membantu jutaan rakyat Malaysia berhenti merokok dengan cara selamat dan berkekalan.

Misi Kami

  • Untuk menjadi peneraju portal digital media yang membantu rakyat Malaysia mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai cara berhenti merokok.
  • Untuk menghasilkan kandungan-kandungan terkini dan informatif untuk pembaca-pembaca ENDNOW.