fbpx

Disebabkan Sayang Sangat Kat Cucu, Pakcik Ini Terus Berhenti Daripada Tabiat Buruk Yang Dia Dah Buat Selama 50 Tahun.

Ikuti kisah seorang pakcik yang mempunyai cucu dan bagaimana dia berhenti daripada tabiat yang dia telah buat selama 50 tahun.

Nama pakcik Abdul Malik bin Harun, umur 67 tahun. Seperti orang-orang yang berumur macam pakcik ni, pakcik hanya nak menikmati usia emas dengan tenang dan bahagia bersama keluarga.

Tapi biasalah, dah umur macam ni, kesihatan tak berapa elok. Nak buat kerja kat tepi rumah pun dah tak larat. Hanya boleh berehat sambil tengok telefon sahaja. Bila anak-anak pakcik Whatsapp gambar cucu-cucu kepada pakcik, pakcik terus rindukan mereka. Semuanya comel-comel. Pakcik ada ramai cucu. Dah lama sangat tak jumpa mereka.

Alangkah seronok pakcik kalau dapat bermain-main dengan cucu-cucu pakcik. Bilalah mereka nak datang jenguk pakcik. Pakcik berdoa agar keadaan negara seperti macam dulu dan kita semua selamat dan dilindungi. Pakcik sedar pakcik ada buat sesuatu yang boleh membahayakan cucu-cucu pakcik.

Sejak berumur 17 tahun, pakcik dah mula amalkan satu tabiat buruk. Disebabkan itu sehingga sekarang, pakcik sering tak sihat dan selalu batuk-batuk. Pakcik terfikir untuk berhenti dan tak mahu terlibat lagi. Pakcik bukan sahaja buatkan isteri dan anak-anak terganggu, malah tindakan pakcik juga menyebabkan mereka tak selesa dengan pakcik.

Sudah 50 tahun pakcik buat tabiat buruk dan tiada terfikir nak berhenti. Sehinggalah pakcik melihat wajah cucu-cucu pakcik, terbit rasa dalam hati untuk berhenti. Pakcik tak mahu tabiat pakcik ni mengganggu kesihatan mereka.

Sebab sekarang pakcik lebih sayangkan cucu-cucu lebih daripada tabiat buruk ini. Nak berhenti tu memang susah la kan tapi pakcik bertekadlah untuk kesihatan, untuk keluarga pakcik, untuk cucu-cucu pakcik, pakcik cuba perlahan-lahan. Pakcik berazam memang pakcik nak berhenti.

Kebahagiaan Datang Apabila Kita Memberikan Manfaat Kepada Orang Lain

Pakcik nak beritahu, kita ni bukannya dapat hidup lama, paling kurang pun kita tak menyusahkan anak-anak dan cucu-cucu. Kalau kita dah lama buat tabiat buruk, jangan biarkan orang lain pula yang buat. Kita tegah mereka untuk elak tabiat ni sebab membahayakan diri mereka. Kita sebagai orang tua jangan tunjuk lagi tabiat tu depan mereka.

Kita tak mahu mereka ikut perangai dan tabiat buruk kita. Jadi pakcik haraplah, pakcik yang dah 50 tahun buat tabiat buruk boleh berhenti, pakcik nak nasihatkan kepada anak-anak, cucu-cucu pakcik supaya berhenti.

Pakcik ada tahu satu program berhenti merokok seawal 30 hari. Pakcik pun tak tahu sangat pasal program ni tapi katanya boleh bantu orang ramai.

Orang yang perkenalkan pakcik dengan program ni kata kena ikut panduan untuk berhenti merokok. Nanti ada orang akan bantu supaya kita boleh berhenti dengan selamat. Alhamdulillah, pakcik ada rasa perubahannya. Pakcik semakin sihat dan keinginan merokok semakin menurun.

Maklumat Program ini:

Pakcik harap kita boleh ikut program ini. Walaupun kita ada duit banyak, tapi kalau kesihatan tak jaga, tak ada gunanya. Kalau boleh berhenti, berhenti terus. Kasihanilah keluarga kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita, jangan kerana kita, mereka sakit.

Klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini.