fbpx

11 Cara Mengatasi Stres Tanpa Perlu Hisap Rokok

Ingin mengetahui cara mengatasi stres?

Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila menghadapi situasi yang tidak diingini.

Tahukah anda setiap kali anda berasa tertekan, kesihatan anda akan terjejas?

Ada yang beranggapan dengan merokok ia dapat meredakan stres. Namun, ini merupakan antara solusi yang paling teruk untuk diamalkan.

Di dalam artikel ini, anda akan mengetahui 11 cara mengatasi stres tanpa perlu menghisap rokok. 

Sebelum itu, ketahui terlebih dahulu mengenai tabiat merokok.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tabiat Merokok

Walaupun ramai yang sedar rokok membahayakan kesihatan tetapi masih ramai yang tidak kisah kesan buruk merokok untuk jangka  masa panjang.

Banyak faktor yang mempengaruhi tabiat merokok. 

Antaranya: 

  • Pendedahan nikotin sejak kecil  
  • Tekanan 
  • Kegelisahan dan kemurungan
  • Pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya

Dengan kata lain, tabiat merokok dipengaruhi oleh beberapa faktor yang berbeza. Salah satunya adalah tekanan atau stres yang sering dijadikan alasan untuk merokok.

Benarkah Merokok Cara Mengatasi Stres Terbaik?

cara menghilangkan stres

Ramai perokok yang beranggapan merokok mampu menghilangkan stres. Namun, sejauh mana betulnya teori ini?

Pemahaman merokok menangani stres ini boleh dikategorikan sebagai ‘rawatan sendiri’. 

Nikotin yang terkandung dalam rokok sememangnya memberikan ‘nikmat’ kepada perokok dan sekaligus mampu menghilangkan stres.

Namun anda perlu tahu impaknya kepada kesihatan anda.

Pertama, seperti yang telah dinyatakan pada awal artikel ini, kesihatan anda akan terjejas apabila anda mengalami stres.

Merokok boleh memburukkan keadaan jantung dan ini akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan anda.

11 Cara Mengatasi Stres Tanpa Perlu Hisap Rokok

  1. Dapatkan Tidur Yang Cukup

Kajian mendapati semakin lama seseorang merokok, badan akan berasa letih malah fikiran juga sering terganggu.

Perokok juga mengalami keletihan dari segi emosi selepas merokok.

Oleh itu, anda boleh mengatasi masalah stres dengan mendapatkan tidur yang cukup.

  1. Bersenam

Bersenam boleh membantu menaikkan mood dan mengurangkan tekanan anda. 

Berjalan kaki setiap hari walaupun hanya 15 minit dapat membantu menguruskan tekanan malah mampu menaikkan ‘mood’.

Antara lain aktiviti yang anda boleh lakukan adalah seperti berjogging, berbasikal dan berenang.

  1. Terima Kenyataan Bahawa Ada Hari Baik, Ada Hari Buruk

Terima kenyataan bahawa anda akan mengalami hari-hari buruk.

Jangan terus menghukum diri sendiri. Sekiranya anda mengalami hari yang buruk, berhenti sebentar dan cuba untuk fokus semula. 

Esok adalah hari baru dan anda akan berasa lebih baik dan bersyukur yang anda kini telah bebas dari rokok.

  1. Berhenti Mengambil Kafein

Tidak dapat dinafikan, kafein dapat membantu anda tetap terjaga dari tidur.

Namun, apabila anda mula berhenti merokok, ia mungkin  boleh membuatkan anda rasa cemas, gelisah dan stres.

Disebabkan itu, kurangkan pengambilan kafein daripada kopi untuk mengurangkan tekanan anda. 

Anda boleh beralih ke teh herba atau air panas dengan lemon untuk menggantikan kafein.

  1. Mandi Air Panas

Menikmati mandian air panas adalah cara terbaik untuk berehat dan menghilangkan tekanan.

Satu kajian mendapati bahawa orang yang kerap mandi air panas boleh meningkatkan kesihatan mental dan fizikal jika dibandingkan dengan orang yang tidak mandi air panas.

  1. Berehat

Tubuh kita bertindak balas terhadap tekanan dengan melepaskan hormon yang meningkatkan degupan jantung dan menaikkan tekanan darah. 

Apabila anda berehat, ia dapat meningkatkan kesihatan dan membantu anda mengatasi tekanan dengan cara yang positif.

  1. Jaga Diri 

Jaga diri anda dengan cara seperti:

  • Makan makanan seimbang

Rokok menghabiskan banyak nutrien dan vitamin, jadi anda perlu mula mengisinya semula dengan makanan yang seimbang.

  • Minum air banyak

Air memang bagus untuk berhenti merokok. Ia membantu anda detox dengan lebih cepat.

Dengan mengambil air yang banyak, anda akan berasa lebih baik secara keseluruhan.

  1. Buat Baik Dengan Orang Sekeliling

Lakukan sesuatu yang baik untuk orang lain dapat menjadikan hari anda lebih baik.

Dengan mengambil berat terhadap orang lain, anda dapat mengurangkan tekanan anda terhadap sendiri.

  1. Mendalami Stres

Luangkan masa sebentar untuk mengetahui bagaimana tekanan mempengaruhi badan anda. Di mana anda merasakan ketegangan di badan anda? 

Mencari cara untuk mengurangkan ketegangan itu juga akan membantu anda mengatasi tekanan mental anda. 

  1. Bercakap Dengan Orang Anda Percayai

Anda tidak perlu menangani stres berseorangan. 

Kongsi perasaan anda dengan rakan, keluarga, dan orang terdekat dalam hidup anda.

Mereka pasti akan dapat menyokong anda untuk terus bebas daripada tabiat merokok.

  1. Bernafas Panjang

Bernafas panjang adalah cara cepat untuk menenangkan saraf yang tegang dan juga mengurangkan tekanan

Tarik nafas melalui hidung anda dengan jumlah tiga, kemudian hembuskan melalui mulut anda. 

Ulangi teknik ini selama beberapa minit. Ketegangan di badan anda akan mula hilang.

Kesimpulannya, banyak cara lain untuk menangani stres yang anda patut amalkan tanpa perlu hisap rokok. Tabiat merokok akan memburukkan lagi kesihatan jantung.

Berhenti merokok bukanlah satu perkara yang mudah, ambil seberapa banyak masa yang diperlukan. Yang penting, anda perlu terus berusaha. 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments