fbpx

7 Doa Selepas Solat Fardhu Yang Kita Boleh Amalkan Setiap Hari

7 Doa Selepas Solat Fardhu Yang Kita Boleh Amalkan Setiap Hari

Doa selepas solat sangatlah penting kerana inilah masa terbaik untuk kita bermunajat dan memohon apa sahaja daripada Allah SWT.

Kesedaran masih kurang kerana masih ramai yang terus bangun selepas solat dan tidak mengambil masa sedikit berdoa. Hanya doa ringkas selepas solat pun tidak mengapa.

Sekiranya anda masih tidak mengetahui apa-apa doa yang ingin dibaca, di sini kami kongsikan 7 doa selepas solat ringkas yang anda boleh amalkan. 

Kelebihan Membaca Doa Selepas Solat

baca doa selepas solat fardhu

Terdapat beberapa kelebihan yang kita boleh perolehi dengan mengamalkan doa selepas solat. Ini termasuklah solat fardhu dan solat sunat.

Terdapat beberapa dalil daripada potongan ayat Al-Quran dan  hadis Nabi mengenai kelebihan membaca doa.

Di antaranya adalah:

Firman Allah SWT:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: ”Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

(Surah Ghafir: 60)

Salah satu hadis yang menyebut kelebihan berdoa selepas solat di mana Abu Umamah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang doa yang paling didengari. 

Rasulullah SAW bersabda:

“(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”

(H.R al-Tirmizi)

Terdapat juga hadis lain yang menyebut tentang perkara ini iaitu:

”Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat ) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.”

(H.R Abu Daud)

 

7 Doa Ringkas Selepas Solat

  1. Doa Pertama

 

Maksud Doa Selepas Solat dalam Rumi:

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”

“Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.”

“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.”

“Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.”

“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.”

  1. Doa Kedua

Maksud doa:

“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”

“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.”

“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”

  1. Doa Ketiga

Doa ini biasanya dibaca selepas solat Maghrib. 

Maksud doa:

Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin.

  1. Doa Keempat

 

Maksud Doa Dalam Rumi:

“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.”

“Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid.”

“Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

 

  1. Doa Kelima

ٱللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَذُنُوْبَ وَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَارَبَّيَانَا صِغَارًا

Maksud Doa:

” Ya Allah ampunilah dosa dosa kami dan dosa kedua orang tua kami, serta sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami “.

  1. Doa Keenam

ٱللَّهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ ٱلْهُدَى وَٱلتُّقَى وَٱلْعَفَافَ وَٱلْغِنَى، ٱللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا تَامَّة،  وَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا عَامَّة،  وَلَا تُعَذِّبْنَا إِلَى يَوْمَ ٱلْقِيَامَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksud Doa:

“Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan. Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya. Janganlah Engkau seksa kami biar pun sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.

 

  1. Doa Ketujuh

رَبَّنَا وَلَاتُحَمِّلْنَا مَالَاطَا قَةَ لَنَابِه، وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَّ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَافِرِيْنَ

Maksud Doa:

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir”.

Kesimpulannya, doa selepas solat merupakan satu perkara yang sangat penting bagi kita sebagai umat Islam kerana banyak kelebihan dan kebaikan yang kita boleh nikmati.

Oleh itu, selepas anda selesai menunaikan solat, ambil masa walaupun sekejap untuk berdoa kepada Allah SWT. 

P.S Sekiranya anda ingin berhenti merokok, terdapat panduan yang anda boleh ikuti serta kuiz untuk mengetahui tahap nikotin anda.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments