
Habbatus sauda ataupun nama lainnya ialah biji jintan hitam merupakan sejenis tanaman yang dapat memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan.
Biji ini dapat membantu manusia dalam menangani masalah kecantikan mahupun masalah kesihatan. Biji ini sering dijumpai di negara Indonesia dan juga negara-negara tertentu.
Dalam hadis juga telah disebut tentang manfaat habbatus sauda kepada manusia di mana ia merupakan penawar kepada hampir semua penyakit.
Setiap individu digalakkan untuk mengamalkan pengambilan biji ini demi kesihatan tubuh badan.
Dalam artikel ini anda akan mengetahui khasiat dan manfaatnya.
Apa Itu Habbatus Sauda?
Minyak habbatus sauda ataupun dalam bahasa inggerisnya iaitu Black Seed Oil terhasil daripada biji tumbuhan sebuah pokok yang dikenali sebagai Nigella Sativa.
Tumbuhan ini kebiasaannya ada di kawasan negara Asia Barat, Mediterranean dan Utara Afrika.
Penanaman tumbuhan ini dilakukan secara besaran kerana ia merupakan ubatan dan rempah masakan.
Menurut kajian yang telah dilakukan, habatus sauda ini sememangnya satu ubatan yang dapat membantu mencegah kanser.
Antara kanser yang dapat dicegah adalah seperti kanser payudara, prostat dan otak.
Bukan itu sahaja, banyak lagi penyakit yang dapat dicegah dengan biji ini.
Habbatus sauda yang anda dapatkan hendaklah mendapat kelulusan pihak berkuasa kesihatan supaya tiada bahan campuran dalam ubatan tersebut.
Manfaat Habbatus Sauda
1. Merawat Resdung
Resdung merupakan masalah yang disebabkan oleh bakteria dalam rongga hidung ataupun sinus. Rongga-rongga ini bersambung dengan dengan muka dan dalam terdapat dalam tulang muka.
Dengan mengambil minyak atau biji jintan hitam ini, dengan izin Allah, anda akan diberikan kesembuhan.
2. Meningkatkan Kesuburan Lelaki
Biji dan minyak habbatus sauda dapat merangsang penghasilan hormon testosteron dalam badan kaum lelaki.
Selain itu, ia juga dapat menambahkan bilangan sperma dalam air mani lelaki.
Kepada mereka yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata, anda disarankan untuk mengamalkannya.
3. Mencegah Diabetes
Diabetes merupakan penyakit yang sangat membimbangkan di Malaysia. Bilangan individu yang menghidapi penyakit ini juga tinggi.
Ramai pengkaji di seluruh dunia telah mengakui bahawa minyak atau biji jintan hitam dapat membantu individu mengurangkan masalah yang dihadapi.
4. Rawatan Rambut Gugur
Sekiranya anda menghadapi masalah rambut gugur, minyak habbatus sauda dapat membantu melebatkan rambut anda.
Anda boleh menyapu minyak ini beserta dengan minyak zaitun. Sapu dan tinggalkan selama 15 minit, seterusnya bilas rambut tersebut.
Selain daripada mencampurkan dengan minyak zaitun, anda juga boleh campur dengan lemon. Biarkan selama 15 minit dan bilas.
5. Kesihatan Hati
Hati merupakan antara organ yang terpenting dalam badan manusia. Hampir semua toksin yang berada dalam badan akan dinyahtoksin dalam hati.
Ramai pengkaji menyatakan habbatussauda dapat membantu mengurangkan masalah ini.
“Minyak habbatus sauda dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki “
6. Mencantikkan Kulit
Terdapat kajian yang telah dilakukan unutk mengetahui keberkesanan minyak ini ke atas kulit. Minyak ini ternyata dapat berfungsi seperti krim-krim kecantikan yang lain.
Jika anda menggunakan krim-krim kecantikan, risiko untuk mendapat kesan sampingan sangat tinggi. Tapi dengan biji atau minyak ini anda tidak menghadapi apa-apa risiko.
Penggunaan ini hanya kepada mereka yang tidak ada alergi kepada minyak sahaja.
7. Meningkatkan Daya Ingatan
Nutrisi yang ada dalam habbatus sauda ini sangat berguna kepada sel otak.
Selain dari meningkatkan daya ingatan, biji ini juga dapat meningkatkan kecerdasan otak.
Kandungan asid linoleik iaitu omega 3 dan 6 sangat membantu dalam menguatkan daya ingatan.
8. Melegakan Sakit Kepala
Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa biji dan minyak ini sebenarnya dapat melegakan sakit kepala. Minyak boleh digunakan dengan menyapu di dahi dan belakang telinga.
9. Mengurangkan Masalah Sakit Perut
Terdapat kajian yang telah menyatakan bahawa habbatus sauda dapat membantu masalah diarrhea ataupun cirit birit.
Biji atau minyak ini dapat mengawal banyak jenis bakteria dalam badan.
Cara Makan Habbatus Sauda Mengikut Penyakit
Berikut kami kongsikan cara makan habbatus sauda mengikut jenis penyakit yang dialami:
1. Tekanan Darah Tinggi
- Amalkan selama 3 bulan
- 500 miligram serbuk habbatus sauda (dalam bentuk kapsul)
- Makan 2 bii sebanyak 2 kali dalam sehari
2. Tekanan Darah Tinggi
- Amalkan selama 15-30 hari
- 250 miligram biji habbatus sauda atau 500 milligram dalam bentuk kapsul
- Makan 1 kali sehari sahaja
Memang tidak dapat dinafikan, habbatus sauda mempunyai pelbagai manfaat untuk manusia.
Ianya dapat dijadikan sebagai pemakanan tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan kita.
Selain pemakanan, aspek-aspek kehidupan lain juga perlu dijaga. Kerap bersenam untuk memastikan tubuh badan sentiasa sihat. Selain itu, elakkan merokok kerana ianya bukan sahaja berbahaya kepada tubuh badan, malah memberikan impak buruk kepada persekitaran.
Sekiranya anda ingin mengetahui kaedah terkini untuk berhenti merokok, anda boleh mengetahuinya melalui pautan di bawah.