fbpx

Hadiah Hantaran Untuk Pihak Lelaki Sempena Pertunangan

Soalan penting buat wanita yang bakal bertunang, hadiah hantaran untuk majlis pertunangan dah beli? 

Mesti ada yang fikir, nak cari hadiah ulang tahun boyfriend pun susah, apatah lagi hadiah hantaran yang akan dipertontonkan kepada saudara-mara semasa majlis pertunangan.

Jangan risau, kami akan kongsikan tips dan cadangan untuk hadiah hantaran kepada bakal tunang anda! 

Sebenarnya tak susah pun, jadi teruskan membaca untuk tahu hadiah hantaran yang sesuai untuk si bakal tunang. 

 

Tips Memilih Hadiah Hantaran Untuk Lelaki

hadiah untuk lelaki

 

  • Bincang dengan pasangan

Sebelum anda beli hadiah pertunangan, anda perlu berbincang dahulu bersama pasangan. 

Contoh perbincangan yang boleh dilakukan ialah bilangan dulang bagi kedua belah pihak. 

Lagi bagus, senaraikan barangan apa yang nak diberikan.

Kami nasihatkan untuk tidak buat kejutan hadiah hantaran pertunangan. 

Ini dapat mengelakkan daripada sebarang kemungkinan si tunang kurang minat dengan hadiah tersebut. 

 

  • Bilangan dulang 

Untuk bilangan dulang pula, yang sedikit pihak lelaki dan yang lebih pihak perempuan.

Kalau boleh bilangan dulang letaklah angka ganjil. Kebiasaannya, lelaki bagi 7dulang manakala perempuan balas 9. Ada juga hantaran pertunangan 3 dulang dibalas 5. 

Selain itu, terdapat hadiah hantaran tunang yang boleh diletakkan bersama.

Contohnya sejadah dengan al-quran sedulang, jam tangan dengan minyak wangi sedulang dan sebagainya. 

 

  • Saiz hadiah hantaran

Saiz barangan kenalah padan dengan saiz dulang.

Jangan terlalu besar nanti susah nak gubah dulangnya. 

Kalau boleh dulangnya pun sama jenis untuk semua dulang anda, baru lah ‘instagrammable’! 

Tak lah, gurau saja, barulah nampak kemas nak jadi tunangan orang. 

 

  • Sirih junjung / tepak sirih

Hantaran wajib untuk pertunangan adalah sireh junjung. Sireh junjung boleh juga digantikan dengan tepak sirih. 

Tetapi, pemberian sireh junjung adalah lebih digalakkan pada majlis perkahwinan. 

 

  • Senarai barang hantaran

Walaupun anda kena berbincang dengan pasangan mengenai barangan apa untuk diberikan tetapi pastikan ada:

  • Kelengkapan pakaian
  • Set penjagaan diri
  • Makanan 
  • Buah tangan 

Buah tangan biasanya untuk keluarga pihak lelaki. Maklumlah anda dah satu kaki nak masuk ke keluarga si dia haruslah pandai ambil hati keluarga. 

 

  • Gubahan dulang

Terpulang kepada anda nak gubah tertutup atau terbuka. 

Yang pastinya, warna gubahan perlu mengikut tema. Barulah majlis pertunangan sedap mata memandang. 

Hiasan perlulah berpada-pada, jangan terlalu sarat sampai menutup hadiah hantaran anda. 

 

7 Hadiah Hantaran Untuk Pihak Lelaki

Dah boleh bayangkan dulang-dulang hantaran anda lepas baca tips tadi?

Sekarang, jom kami kongsikan cadangan bagi hadiah hantaran tunang lelaki untuk si dia.

 

  • Al-Quran dan sejadah

hadiah untuk lelaki

Anda boleh berikan al-Quran dan sejadah sebagai satu set. 

Memberikan set ini sebagai hadiah hantaran amatlah digalakkan sebagai tanda anda ingin memulakan langkah ke alam perkahwinan dengan berkat Allah.

Gubahkan secara minimal untuk menaikkan seri hantaran. Kalau nak ekstra, hadiahkan sekali tasbih dan rehal ukiran kayu premium. 

 

  • Set baju Melayu 

Apa yang istimewanya baju Melayu sebagai hantaran adalah ia sebagai tanda penghargaan.

Baju Melayu ialah pakaian tradisional orang Melayu yang kekal relevan dan tak hilang ditelan zaman. 

Hadiah hantaran ini boleh digandingkan dengan songkok dan samping. 

Nak si bakal tunang tampak lebih bergaya, pilihlah warna yang sesuai dengan si dia dan carilah samping tenun songket.

Barulah semangat si dia nak pakai untuk solat ke masjid atau untuk musim perayaan. 

 

  • Kain pelikat

Kalau si perempuan biasanya dapat set telekung, maka balaslah dengan kain pelikat untuk si lelaki. 

Kain pelikat biasanya dipakai untuk menunaikan solat di masjid atau sebagai pakaian harian di rumah. 

Kain yang ditenun corak berpetak-petak ni walaupun nampak biasa tapi kalau dihias dengan bunga-bungaan, boleh jadi hadiah hantaran yang menarik!

 

  • Kasut

hadiah untuk lelaki

Hadiah hantaran sepasang kasut memang sangat digalakkan ya, wahai wanita sekalian.

Cadangan kami, berilah kasut kulit kerana mudah digayakan sama ada bersama baju kemeja atau set baju Melayu. 

Banyak jenis kasut yang anda boleh pilih seperti Loafers, Chukkas, Derby, Oxford, Monk Strap dan banyak lagi.

Pilihlah yang mana satu anda teringin nak tengok di kaki si bakal tunang anda. 

 

  • Set penjagaan kulit

Zaman sekarang, semakin ramai lelaki yang sedar kepentingan penjagaan kulit dan tidak menganggap ianya sesuatu yang hanya wanita lakukan. 

Cuba tanya pasangan anda apakah rutin penjagaan kulit si dia supaya anda boleh belikannya sebagai hadiah hantaran.

Kalau si dia belum ada, sama-samalah ambil tahu tentang jenis kulit dan produk skin care apa yang sesuai untuk si dia. 

Takkan anda seorang nak berseri pada hari pernikahan. Mestilah anda mahukan si dia pun tampil segak.

 

  • Dompet dan tali pinggang

haduah

Dompet sangat bermakna buat kaum lelaki. Tetapi jika anda ingin jadikannya hadiah hantaran, pastikan anda tahu cita rasa si dia.

Ini disebabkan dompet ada yang panjang, kecil dan macam-macam gaya.

Tali pinggang pun penting terutamanya tali pinggang formal yang boleh si dia pakai untuk ke kerja.

Barulah teringatkan anda setiap kali memakainya! 

 

  • Minyak wangi

Lagi satu hadiah hantaran yang pasti akan buatkan si dia teringatkan anda adalah minyak wangi. 

Cadangan kami adalah mencari minyak wangi kegemaran pasangan anda supaya dia tahu anda peka dengan minatnya. 

Gubahan tidak perlu terlalu sarat sebab minyak wangi selalunya sudah ada design yang menarik dan cantik. 

Nak buat persediaan untuk majlis pertunangan sememangnya tidak semudah yang disangka, tapi percayalah, niat yang baik akan dipermudahkan Tuhan. 

Kami harap perkongsian kali ini dapat memberikan sedikit idea nak bagi apa sebagai hadiah hantaran untuk majlis pernikahan anda. 

 

Itu saja perkongsian kami kali ini. Jangan lupa baca artikel kami yang lain. Semoga bermanfaat!

P/S: Sekiranya anda ingin mengetahui kaedah terkini untuk berhenti merokok, anda boleh download e-book yang kami keluarkan dengan click gambar dibawah.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments