fbpx

40 Kata-Kata Hikmah dan Mutiara Kata (Yang Deep & Menyentuh Hati)

kata-kata hikmah

Bagi sesetengah orang, membaca kata-kata hikmah boleh menaikkan semangat dan mendatangkan impak yang positif kepada kehidupan mereka.

Kadang kala, mutiara kata boleh membangkitkan motivasi diri ketika berdepan kesukaran dalam hidup atau sedang menghadapi episod duka dalam kehidupan peribadi, perhubungan, pekerjaan dan lain-lain.

Sekiranya anda memerlukan kata-kata motivasi yang ‘deep’ dan menusuk jiwa, jawapannya ada di sini!

Berikut disenaraikan 40 kata-kata hikmah yang dapat dijadikan rujukan untuk mendepani cabaran kehidupan masa kini.

 

40 Kata-Kata Hikmah Terbaik Sepanjang Zaman

Ia terbahagi kepada 6 bahagian yang terdiri daripada ungkapan dan kata hikmah tokoh-tokoh terkenal, kehidupan, pembelajaran dan daripada al-Quran.

Kata- Kata Hikmah Tokoh Terkenal

mutiara kata

  1. “Setiap dan semua bahagian dari dunia ini adalah perangkap bagi yang jahil dan mengangkat kebahagiaan bagi yang bijak.” – Rumi
  2. “Jika saja dunia ini dijual di pasar, aku tak akan membelinya pada harga sepotong roti kerana semua permasalahan yang dimilikinya.” – Imam asy Syafi’i
  3. “Dan demikianlah rahsia dunia ini. Jika engkau membuang cinta dunia dari hatimu, dunia akan tersedia untuk engkau ambil. Engkau boleh memiliki dunia kerana ia berada di tanganmu dan bukan di dalam hatimu.” – Hamzah Yusuf
  4. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang – Cecil B.Demille
  5. “Setiap perjuangan pasti ada tantangan. Jika tidak berani menghadapi tentangan, jangan berjuang. Namun hidup sendiri pun adalah perjuangan.” – Abdurrahman Navis
  6. “Kesabaran itu ada dua macam: sabar atas sesuatu yang tidak kau ingin dan sabar menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.”- Ali bin Abi Thalib

 

Kata-Kata Hikmah Mengenai Pembelajaran

kata-kata hikmah

  1. Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
  2. “Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.”
  3. Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
  4. Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia.
  5. “Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”
  6. Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

 

Kata-Kata Islamik Dalam Al-Quran

kata kata islamik

  1. Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu. – (Surah Al-Baqarah: 152)
  2. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. – (Surah Az-Zumar: 10)
  3. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. – (Surah Ibrahim: 39)
  4. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. – (Surah Al-Insyirah: 5-6)
  5. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. – (Surah Al-Insan: 30)
  6. Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. – (Surah At-Talaq: 4)
  7. Allah berfirman: “Janganlah kamu berdua khawatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat”. – (Surah Thaha: 46)
  8. Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar. – (Surah Ar-Rum: 60)

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan – Surah al-Insyirah ayat 5-6”

Kata-Kata Hikmah Mengenai Pengorbanan

ayat deep kehidupan kata hikmah

  1. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  2. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
  3. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  4. “Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”
  5. “Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”
  6. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  7. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang. 

Kata-Kata Hikmah Mengenai Kebahagiaan

kata kata semangat untuk diri sendiri

  1. Jalanilah hari-hari kita dengan senyuman. Meskipun pahit tetaplah tersenyum kerana ia pengubat hati yang sakit.
  2. Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak ia tetap menerangi.
  3. “Kunci kebahagiaan hidup sederhana ialah dengan menjalaninya, menikmatinya dan mensyukuri setiap perihal yang ada”
  4. “Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan”
  5. Jadikan hari sebagai pengalaman hidup yang paling bermakna. Apa sahaja yang berlaku jalani dengan senyuman.
  6. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

 

Kata-kata Semangat Untuk Berjaya Dalam Kehidupan

 

  1. Ketika kamu lahir kamu menangis dan orang lain tersenyum. Maka jalanilah hidup kami sehingga ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang lain menangis.
  2. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  3. Ada ketikanya hidup kita ini terlalu jauh daripada apa yang kita harapkan. Tapi, jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk kita mencari bahagia.
  4. Jangan terlalu menangis dengan apa yang hilang sehingga terlupa untuk tersenyum dengan apa yang masih ada.
  5. Kebijaksanaan menjanjikan kebahagiaan dan kekayaan. Tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
  6. Di saat kita hilang semangat untuk berusaha, fikirkan semula kenapa kita memulakannya dulu. Jadi, jangan cepat putus asa.
  7. Jangan takut mencuba perkara baru dalam kehidupan. Kalau kita berjaya, Alhamdulillah. Kalau gagal, kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan.

 

Kesimpulannya, terdapat banyak kata hikmah dan mutiara kata yang boleh kita jadikan sebagai motivasi kehidupan. 

Ia boleh dijadikan kata-kata semangat untuk diri sendiri dan juga kehidupan.

Diharapkan perkongsian kami dalam artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk terus bersemangat dalam hidup dan mancapai apa-apa yang anda ingini di dalam kehidupan.

Sekiranya anda ingin mengetahui kaedah terkini untuk berhenti merokok, anda boleh mengetahuinya melalui pautan di bawah.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments