fbpx

Pernahkah Anda Kenal 4 Pencetus Merokok Ini (Kesan Berhenti Merokok)

Ramai orang yang ingin berhenti merokok akan bergelut dengan keinginan untuk kembali menghisap rokok.

Situasi ini dikenali sebagai pencetus merokok. ia adalah keadaan yang membuatkan seseorang itu mahu merokok. Setiap orang mempunyai pencetus yang berbeza seperti stres, minum kopi, pergi ke pesta atau terbau asap rokok.

Terdapat 4 jenis kategori pencetus; emosi, corak, sosial dan ‘withdrawal’.

Kesan Berhenti Merokok -Pencetus Emosi

Kebanyakan orang merokok disebabkan cetusan emosi.

Ia akan mengingatkan seseorang bagaimana perasaan ketika merokok untuk menaikkan mood atau ingin melupakan memori buruk.

Contohnya ketika:

  • Tertekan
  • Cemas
  • Teruja
  • Bosan
  • Tiada semangat
  • Gembira
  • Kesunyian
  • Bertenang selepas menghadapi konflik

Bagaimana Nak Menghadapi Pencetus Emosi?

Berikut adalah beberapa pendekatan untuk menguruskan emosi tanpa perlu bergantung kepada rokok:

1. Luahkan perasaan – berbual dengan kawan atau ahli keluarga yang sudi mendengar masalah anda.

2. Tarik nafas perlahan dan dalam-dalam – Pernafasan dalam-dalam dapat menenangkan diri, menenangkan fikiran dan mengurangkan keinginan terhadap rokok. Ini juga merupakan cara terbaik untuk menguruskan tekanan dan kebimbangan.

3. Bersenam – Aktiviti fizikal adalah kaedah terbaik untuk menangani emosi. Semasa anda bersenam, otak anda mengeluarkan hormon endorfin yang membuat mood anda bertambah baik.

4. Dengar muzik yang menenangkan – Muzik boleh melegakan anda dengan memperlahankan degupan jantung, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan rembesan hormon cortisol (hormon berkaitan dengan stres).

 

Pencetus Corak (Pattern Triggers)

Pencetus corak ialah aktiviti yang menghubungkan seseorang dengan merokok.

Beberapa contoh aktiviti yang mencetuskan keadaan ini adalah:

  • Bercakap di telefon
  • Minum alkohol
  • Menonton TV
  • Memandu
  • Selesai makan
  • Minum kopi
  • Berehat
  • Setelah melakukan hubungan seks
  • Sebelum tidur

Bagaimana Nak Menghadapi Pencetus Corak?

Salah satu cara untuk melumpuhkan pencetus corak adalah memutuskan hubungan dengan pencetus dan memindahkan perasaan kepada aktiviti lain.

1. Cari pengganti – Kunyah gula-gula getah atau cari pengganti mirip kepada rokok untuk mengurangkan keinginan merokok.

2. Buat aktiviti yang membuatkan anda sibuk – Picit bola tenis. Bermain sudoku atau permainan silang kata.

3. Gerakkan badan – Pergi berjalan-jalan. Menunggang basikal. Pergi berenang. Bersenam boleh mengalihkan perhatian anda daripada merokok.

4. Ubah rutin anda. Contohnya, cuba minum kopi anda pada waktu yang berbeza atau gosok gigi sebaik sahaja anda makan.

“Kunyah gula-gula getah atau cari pengganti mirip kepada rokok untuk mengurangkan keinginan.”

Pencetus Sosial


Pencetus sosial ialah peristiwa atau kegiatan yang melibatkan aktiviti keramaian yang melibatkan interaksi di antara mereka yang merokok.

Berikut adalah beberapa contoh pencetus sosial:

  • Pergi ke bar atau kelab malam
  • Pergi ke pesta atau acara berkaitan
  • Pergi ke konsert
  • Melihat orang lain merokok
  • Bersama rakan-rakan yang merokok
  • Majlis jamuan 

Bagaimana untuk menangani pencetus sosial terhadap kesan berhenti merokok.

Sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk berhenti merokok, sebaiknya elakkan tempat orang merokok.

Minta rakan anda untuk tidak merokok di sekeliling anda. Lama – kelamaan, ia akan menjadi lebih mudah.

Beritahu rakan dan keluarga anda bahawa anda telah berhenti merokokdan minta sokongan mereka.

Pencetus ‘Withdrawal’

kesan berhenti merokok sebab kesan withdrawal

Jika seseorang itu sudah merokok bertahun-tahun, tubuh badannya sudah biasa menerima dos nikotin yang tetap.

Apabila dia cuba berhenti merokok, tubuh badannya akan mengalami ‘withdrawal’. Ia adalah gejala gabungan fizikal dan mental yang menyebabkan seseorang itu mengalami kesan sampingan seperti tak boleh tidur malam, depresi, loya tekak, keresahan dan bermacam-macam lagi.

Pencetus ‘withdrawal’ lain termasuk:

  • Mengidam rasa hisapan rokok
  • Menghidu asap rokok
  • Mengendalikan rokok, pemetik api dan mancis
  • Perlu ada benda nak hisap
  • Tak senang duduk

Bagaimana untuk menangani pencetus ‘withdrawal’?

Cari sesuatu untuk menghilangkan keinginan dan ketagihan nikotin.

Ambil terapi penggantian nikotin (NRT) yang bersesuaian untuk mengurangkan gejala ‘withdrawal’.

Remaja, wanita yang hamil dan mereka yang mengalami masalah kesihatan yang teruk harus berbincang dengan doktor mereka sebelum menggunakan NRT.

 

Risau Disebabkan Kesan Berhenti Merokok?

Sememangnya, tempoh yang dilalui ketika seseorang itu berhenti merokok akan memberikan kesan terhadap dirinya.

Namun, ia bukanlah alasan untuk kembali hisap rokok hanya kerana risaukan kesan akibat pencetus yang disebutkan di atas.

Kini setelah anda memahami pencetus, kenalpasti pencetus tersebut dengan mengawalnya dan merancang untuk menguruskan keinginan tersebut.

Sekiranya anda ingin mengetahui kaedah terkini untuk berhenti merokok, anda boleh mengetahuinya melalui pautan di bawah.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments