fbpx

Jangan Abaikan Simptom Kencing Manis ini!

kencing manis

Pernahkah anda tahu dengan lebih lanjut tentang penyakit kencing manis?

Ada sebab penyakit ini digelar ‘kencing manis’ (petunjuk: gula).

Pentingnya untuk anda ketahui simptom-simptom awal penyakit ini sebelum ia melarat!

Jom kita baca artikel ini untuk ketahui maksud penyakit kencing manis serta simptom-simptom bagi masalah kesihatan ini. Ayuh!

 

Maksud kencing manis

kencing manis

Sering kita mendengar tentang penyakit kencing manis atau nama saintifiknya diabetes mellitus. Namun, adakah kita betul-betul tahu dan sedar tentang keseriusan penyakit ini?

Penyakit kencing manis terjadi apabila insulin di dalam badan berkurangan ataupun tidak berfungsi. Ia menyebabkan paras glukosa (gula) dalam darah meningkat. 

Insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas dalam badan sangat penting kerana ia meregulasikan pergerakan glukosa agar seimbang. 

Jika anda disyaki menghidap penyakit ini, paras glukosa dalam badan anda adalah tinggi kerana ia kekal dalam darah tanpa dapat tembus sel-sel dalam badan.

 

4 Simptom Awal Kencing Manis 

diabetes

Terdapat 4 simptom awal yang anda dapat kesan sebelum penyakit ini melarat. Antaranya:

 

  • Mulut terasa kering

Mulut kering merupakan antara simptom yang sering didapati dalam kalangan mereka yang mula menghidap penyakit kencing manis.

Hal ini disebabkan oleh paras gula darah yang tinggi. 

Macam mana nak tau? Anda akan kerap ke tandas untuk membuang air kecil.

Disebabkan itu, tubuh anda akan mengalami dehidrasi yang menyumbang kepada simptom mulut kering.

 

  • Sering kepenatan 

Simptom mulut kering tadi berkait dengan simptom kepenatan ini. Ia terjadi disebabkan oleh paras gula darah yang tinggi.

Oksigen dan nutrien akan lambat sampai ke seluruh sel-sel badan kerana aliran darah menjadi perlahan.

Salur darah akan mengalami keradangan yang menyumbang kepada rasa penat. 

Sel imun ‘monocytes’ ini yang trigger bahagian otak anda untuk memaklumkan kepada seluruh badan bahawa badan anda memerlukan tenaga dan sedang kepenatan. 

 

  • Penglihatan menjadi kabur

Pesakit yang menghidap penyakit diabetes tidak akan mengalami kerosakan pada bahagian mata secara drastik.

Namun, otot mata akan mengalami tekanan yang lebih tinggi kerana terlalu berusaha untuk fokus melihat sesuatu objek. 

Jika kekaburan mata berlangsung tanpa diperiksa, kemungkinan besar anda akan mengalami kemerosotan penglihatan yang boleh menjerumus ke arah kebutaan. 

 

  • Berat badan menurun

Berat badan yang menurun secara mendadak disebabkan oleh insulin yang tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Insulin yang kurang akan menyebabkan badan tidak menggunakan glukosa dalam darah sebagai sumber tenaga. 

Oleh itu, tubuh anda akan membakar lemak simpanan yang ada di dalam badan sebagai pengganti glukosa.

Kekerapan buang air kecil juga turut menyumbang kepada kesusutan badan kerana anda kehilangan terlalu banyak kalori dan air. 

Walaupun simptom ini kedengaran agak menarik, anda tetap perlu berwaspada ya!

 

Risiko kalau abaikan kencing manis

kencing manis

Setiap penyakit pasti mendatangkan risiko sama ada jangka masa yang pendek atau panjang terhadap seseorang individu.

Antara risiko yang lazim ditanggung oleh penghidap penyakit kencing manis adalah:

 

  • Risiko masalah kaki

Pesakit kencing manis kebiasaannya akan menghadapi masalah pada bahagian kaki.

Hal ini kerana bekalan darah utama tidak dapat menyalurkan darah ke bahagian kaki secara baik. 

Kemerosotan bekalan darah dibahagian kaki ini dikenali sebagai neuropati periferal.

Permasalahan yang berkait rapat dengan saraf ini akan membantutkan pemulihan, malah, deria rasa pada kaki juga akan berkurangan.  

 

  • Risiko masalah buah pinggang

Masalah kencing manis yang mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang biasanya dikenali sebagai nefropati. 

Terma nefropati ini khas digelar untuk masalah buah pinggang yang disebabkan oleh diabetes. 

Jika masalah ini berterusan, kemungkinan besar buah pinggang anda tidak akan dapat berfungsi langsung. 

Antara simptom awal nefropati diabetes adalah kehadiran protein dalam buangan air kecil, kegatalan pada kulit dan bengkak buku lali dan kaki. 

 

  • Risiko masalah penglihatan

Penyakit ini juga dapat menjejaskan deria penglihatan anda. 

Antara masalah mata yang sering berlaku dalam kalangan pesakit kencing manis ialah katarak. 

Katarak adalah apabila munculnya selaput pada bahagian lensa mata yang menyebabkan penglihatan anda menjadi lebih kabur, terhad dan sensitif.  

Manakala masalah mata yang lain juga ialah retinopati. Retinopati adalah apabila saluran darah di bahagian retina bermasalah sehingga mengganggu tahap penglihatan. 

Oleh itu, dipercayai bahawa pemeriksaan mata adalah sangat penting terutamanya untuk mengesan diabetes pada peringkat awal. 

Kesimpulannya, jagalah diri anda dan juga orang yang anda sayang sebelum terlambat. 

 

Harapnya artikel ini dapat memberi maklumat yang anda perlukan untuk penjagaan diri. Semoga anda dijauhkan dari tanda-tanda kencing manis seperti yang tertulis dalam artikel ini.

Ambillah langkah seterusnya sekiranya anda didapati menghidap simptom-simptom seperti yang telah disenaraikan. Semoga kita semua kekal selamat. 

P/s: Sekiranya anda ingin mengetahui kaedah terkini untuk berhenti merokok, anda boleh mengetahuinya melalui pautan di bawah.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments