fbpx

Rokok Elektronik: Benarkah Ianya Membantu Orang Berhenti Merokok?

rokok elektronik

Berikutan pengumuman kerajaan untuk mengenakan cukai vape dan duti eksais terhadap cecair nikotin ndan vape, banyak tumpuan diberikan kepada indsutri rokok elektronik.

Ada yang menyambut baik penguatkuasaan ini malah ada juga yang menentangnya.

Dalam artikel kali ini, kita menyorot serta sedikit mengenai rokok elektronik serta kaitannya untuk membantu orang ramai berhenti merokok.

 

Apa Itu Rokok Elektronik?

vape malaysia

Rokok elektronik (e‐cigarette) adalah alat genggam yang berfungsi dengan memanaskan cecair yang biasanya mengandungi nikotin dan perasa.

Ia membolehkan pengguna menyedut nikotin dalam wap dan bukannya asap. Oleh kerana ia tidak membakar tembakau, e‐rokok tidak mendedahkan pengguna kepada tahap bahan kimia yang sama yang boleh menyebabkan penyakit pada orang yang menghisap rokok konvensional.

Menggunakan e‐rokok biasanya dikenali sebagai ‘vaping’ Ramai orang menggunakan e‐rokok untuk membantu mereka berhenti merokok tembakau. Dalam ulasan ini kami memberi tumpuan terutamanya pada e‐rokok nikotin.

Kajian Mengenai Rokok Elektronik

kajian rokok elektronik

Kajian mendapati rokok elektronik membantu lebih ramai orang berhenti merokok daripada terapi gantian nikotin atau e‐rokok bebas nikotin. Lebih banyak kajian masih diperlukan untuk mengesahkan keputusan‐keputusan ini.

Kajian yang membandingkan e‐rokok nikotin dengan sokongan tingkah laku atau tidak juga menunjukkan kadar berhenti yang lebih tinggi pada orang yang menggunakan e‐rokok nikotin, tetapi memberikan data yang kurang pasti kerana masalah dengan reka bentuk kajian.

Sebilangan besar keputusan kami untuk kesan yang tidak diingini mungkin akan berubah dengan lebih banyak kajian.

Kajian mendapati rokok elektronik membantu lebih ramai orang berhenti merokok daripada terapi gantian nikotin dan lebih selamat berbanding rokok konvensional”

Kesimpulan

Rokok elektronik mungkin membantu orang berhenti merokok sekurang‐kurangnya enam bulan. Ia mungkin berfungsi lebih baik daripada terapi gantian nikotin dan e‐rokok bebas nikotin.

Ia mungkin berfungsi lebih baik daripada tiada sokongan, atau sokongan tingkah laku sahaja, dan mungkin tidak dikaitkan dengan kesan serius yang tidak diingini.

Walau bagaimanapun, kami memerlukan lebih banyak bukti untuk yakin tentang kesan e‐rokok, terutamanya kesan jenis e‐rokok yang lebih baru yang mempunyai pengaliran nikotin yang lebih baik daripada jenis e‐rokok yang lebih tua.

Sekiranya anda ingin mengetahui kaedah terkini untuk berhenti merokok, anda boleh mengetahuinya melalui pautan di bawah.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments