fbpx

Tanda Tanda COVID-19: Adakah Anda Mengetahuinya Sebelum Terkena?

tanda tanda covid-19

Apakah tanda tanda COVID-19?

Lazimnya, gejala dan simptom covid agak sukar diketahui. Terdapat banyak kes  dilaporkan mengenai pesakit yang disahkan positif namun  tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit.

Oleh sebab itu kita perlu mengenalpasti simptomnya sebelum terjadi. 

 

Apakah Itu COVID-19?

covid-19

Novel Coronavirus 2019 atau lebih dikenali sebagai Covid-19 merupakan wabak berjangkit yang bermula di provinsi Hubei, Wuhan, China kemudian merebak ke seluruh dunia.

Kes pertama pandemik ini dilaporkan pada bulan Disember pada tahun 2019.  

Para pakar mendapati bahawa Covid-19 boleh menjangkiti manusia dalam pelbagai mod dan sehingga kini ia dikatakan masih bermutasi dan para pakar sedang giat mengkaji. 

Ia juga merebak dengan sangat pantas terutamanya melalui sentuhan dan titisan air dari batuk atau bersin oleh mereka yang telah terjangkit virus ini. 

Jadi, mereka yang berada berdekatan dengan pesakit lebih mudah dijangkiti Covid. 

Lagi-lagi jika anda tidak memakai pelitup muka kerana partikel-partikel virus itu lebih senang memasuki hidung dan mulut anda. 

Walaupun virus ini adalah berbeza dengan virus-virus lain dan lebih mudarat, ia berasal dari keluarga virus yang sama. 

Keluarga virus sama yang dimaksudkan itu juga telah mencetuskan wabak MERS-Cov pada tahun 2012 dan lebih lama iaitu pada tahun 2002, iaitu wabak SARS.

 

 

Tanda Tanda COVID-19

tanda tanda covid

Pada peringkat awal, tanda-tanda COVID-19 ini mungkin tidak kelihatan begitu serius. 

Namun, untuk kanak-kanak, penghidap penyakit kritikal ataupun warga emas, tanda-tanda ini boleh membawa kepada maut.

Berikut merupakan 6 tanda-tanda Covid yang anda perlu ketahui:

 

 

1. Demam

demam

Selepas dijangkiti virus ini, seseorang itu boleh mengalami demam selepas 3 sehingga 5 hari pada waktu dijangkiti. 

Namun, kebanyakan mereka yang dijangkiti oleh Covid tidak dapat mengesan simptom ini kerana suhu badan tidak terlalu tinggi. 

Demam juga tidak semestinya menandakan anda telah dijangkiti oleh Covid. 

Ia juga boleh membawa maksud lain seperti jangkitan kuman, kanser dan sebagainya.

 

2. Batuk

Simptom COVID lain adalah anda akan kerap batuk kerana saluran pernafasan telah dijangkiti virus.

Pesakit akan berasa tidak selesa pada bahagian tekak serta virus ini akan menimbulkan kerengsaan.

Tanda ini juga dapat dilihat pada wabak-wabak lain seperti Influenza.

 

3. Sesak Nafas



 

Oleh kerana virus Covid telah mula menjangkiti saluran pernafasan dan paru-paru, anda akan mulai mengalami simptom sesak nafas. 

Apabila mulai terasa sesak nafas, maka anda perlu berwaspada kerana ini bermakna jangkitan anda kian serius.

Jika jangkitan hanya didapati di bahagian hidung dan tekak, sepatutnya anda tidak mengalami sesak nafas. 

Segera bergegas ke hospital khususnya mereka yang berisiko tinggi untuk mendapatkan nasihat pakar dan rawatan selanjutnya. 

“Sekiranya terasa sesak nafas, maka perlu berwaspada kerana ini bermakna jangkitan semakin serius.

4. Sakit Badan

Selain daripada tanda-tanda diatas, badan juga boleh terasa lesu dan lemah.

Anda juga mungkin akan terasa sedikit sengal dan sakit pada badan.

Pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca berlakunya simptom ini.

Namun, mereka berpendapat bahawa ia mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab. Contohnya, tekanan darah rendah atau anemia (kurang sel darah merah).

Faktor yang lebih serius adalah berkemungkinan juga simptom ini terjadi disebabkan oleh wabak Influenza. 

5. Sakit Tekak

Jika mengalami sakit tekak tanpa mengalami terdahulu simptom-simptom diatas, anda tidak perlu risau.

Hal ini kerana sakit tekak bukanlah tanda Covid utama.

Malah, sakit tekak merupakan gejala yang jarang didapati dalam kalangan mereka yang dijangkiti oleh Covid-19.

6. Sakit Kepala

Tanda sakit kepala ini serupa dengan simptom sakit badan yang telah disenaraikan di atas.

Pakar perubatan masih lagi sedang mengkaji punca simptom ini dan mengapa ia berlaku.

Walaupun simptom ini tidak diketahui puncanya, ia masih dihidapi oleh sebahagian pesakit Covid. 

 

Langkah Pencegahan COVID-19

aras piramid makanan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang perlu diamalkan untuk memastikan kita terhindar daripada virus ini.

  1. Pastikan anda mencuci tangan anda dengan kerap. Ini terutama sekali setelah menyentuh permukaan yang terdedah. Boleh bawa hand sanitiser kemana-mana. 
  2. Elakkan daripada bersentuhan secara langsung dengan haiwan-haiwan liar. Berwaspada jika berada di kandang dan ketika menyentuh daging mentah.
  3. Elakkan daripada memakan atau meminum mana-mana produk yang belum dimasak atau masih mentah.

  4. Sentiasalah menutup hidung dan mulut ketika batuk dan bersin. Jika anda keluar ke tempat awam, pastikan juga anda memakai pelitup muka.

  5. Elakkan kontak rapat dengan individu bergejala.

Kesimpulannya, kempen untuk melawan COVID-19 masih belum tamat lagi. Virus ini sudah ada di mana-mana dan kita perlu sentiasa berwaspada dengan mematuhi SOP dan arahan pihak berkuasa.

Diharapkan artikel ini dapat memberikan maklumat yang kita perlukan untuk melindung diri dengan mengetahui tanda-tanda Covid-19 yang disenaraikan.

P.S Sekiranya anda ingin mengetahui kaedah terkini untuk berhenti merokok, anda boleh mengetahuinya melalui pautan di bawah. 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments